Cari Something?

Isnin, Disember 08, 2014

Pengalaman Pertama ke Big Bad Wolf 2014

Sabtu lepas, or actually awal Ahad pagi, adik aku bawak aku ke Big Bad Wolf. Dah ada orang offer, laju la ikut. To be frank, ni la first time aku pi BBW sejak diorang buat tahun 2009.

Before that, adik aku tanya, aku ada kad kredit Hong Leong tak? Aku kata ada. Baru dapat. Tapi tak activate lagi. Berkejar baca surat kata activation can be done via SMS from 8am till 10pm. Tengok jam baru 9pm. SEMPAT SANGAT. Aku pun tekan-tekan no yang patut, press SEND.

Setengah jam tunggu takde reply. Aku pun dengan proaktifnya terus call. Memula activate guna machine je, TAK JALAN JUGAK. Kena ada human intervention baru OK. Syukurlah.

Back to BBW story, aku ajak anak2 bujang 2 orang to tag along. Before this bawak takat MPH dengan Popular je, so this time nak bagi diorang tengok lautan buku yang saaaangat banyak dalam satu dewan yang besar. 3.5 juta buku katanya kan.

Kitorang gerak dalam 11.20pm gitu. Dengan jam ke hapa nak masuk area Mines tu, dalam 12.10am baru dapat parking. Weekend rate RM4 ya. Weekdays RM3. Manusia ya rabbi ramai. Excuse my peghakness, sebab ni memang betul-betul kejadian first timer :)

Aku bagi limit sorang RM30 je kat budak-budak ni. LOL. Maklumlah kena berbajet, buku-buku sekolah belum pi beli lagi. Sudahnya lebihhhh. Mana nak tahan tengok buku tu RM5, ni RM8, tu RM2. Haih.

Mujur at 1.30am queue dah tak panjang. Kaunter pun banyak. Merasa la dapat 5% extra discount.

Gambar? Takde. Memula nak amik masa sampai kat pintu gerbang tapi adik aku suggest amik kemudian la dengan plastik-plastik bagai, sudahnya nan ado. Tak larat nak angkut buku. Muka ngantuk, ketat semua ada. LOL

Tiada ulasan: