Cari Something?

Khamis, Ogos 13, 2015

Blueberry Cheese Tart

Masa reunion sekolah aku tempoh hari, aku order blueberry cheese tart dengan kawan aku, AYU, baker tersohor di Batu Pahat. First timer, hence order pun takat berapa bijik je. Turn out sedapnya la hai.

Husband suka, anak-anak suka. Berebut-rebut. The other day masa puasa baru-baru ni, kitorang order lagi. On the way balik dari JB ke KL, singgah kejap kat area Batu Pahat. Jumpa kat tengah-tengah. Hehehe. Kali ni amik sekali Nutella Cheese Tart.


Anyway, sekejapan je habisnya. Nak order, kena tunggu Ayu turun KL ataupun kitorang balik JB. Maka, terpaksalah aku merajinkan diri buat benda ni. Cari punya cari resipi, akhirnya aku tersangkut kat page kak Ita.


Jenuhnya buat shell tart..


Shell tarts yang dah diterjah ke dalam mould. Sedia untuk dibakar.

 
Shell tart yang dah dibakar dan dah sejuk. Sekarang dibubuh blueberry filling. Next step adalah meletakkan cream cheese ke atasnya. 


Haaaa. Ni yang dah siap. Memang togel gitu je. Semedang untuk makan-makan sendiri kan. Kira aku berjaya la buat salah satu kudap-kudap kegemaran anak-anak dan suami. Heeee.






Tiada ulasan: