Cari Something?

Rabu, Ogos 12, 2015

Family Gathering at Kuala Sg Baru

Kitorang pergi sini dah lama dah. Bulan April lepas. Tapi tetaplah nak kongsi gambar-gambar masa kat sana.

Venue: Homestay Kuala Sg Baru, Melaka

Homestay tempat kitorang bermukim 3 hari 2 malam

Sepanjang kat sini, kitorang tempah makanan pada tuan rumah -- dari breakfast, lunch, minum petang sampai la ke dinner. Tempat makan memang berubah-ubah, ada kat beranda, ada kat bawah pokok, dan ada jugak dekat gazebo + pangkin.

  
Clearly ni masa lunch. 


Gambar selingan. Tengok penyu kat sanctuary yang berdekatan dengan homestay.
 

Anak-anak enjoy main air laut. 

Uncle Man, tuan punya homestay ada bot. So, adik beradik aku, abah aku, husband aku dengan adik ipar siap tolak ramai-ramai masuk laut. Sekejaaapp je pun sebab memasing tak biasa nak mengayuh (?).  

Petang hari kedua, husband lari kejap balik PD. Amik bubu ketam. So dia turun laut pasang dengan Amir. Esok pagi-pagi tu, hujan ribut pulak. Tak berani nak turun laut. So dah siang sikit masa air nak mula naik, baru dapat ambik. Dua orang adik lelaki aku merasa la experience ambik bubu ketam. 


Baldi kaler merah yang ada. Hence effect kaler yang menakjubkan di situ.
 

Spot those crabs?
 

Abah tunjuk skill. Dengan kain pelekat some more. 

Selamat jadi gulai lemak ketam untuk lunch masa hari nak balik.


Panoramic view courtesy of my younger brother. Kalau perasan, ada hammock kat situ. Memasing try naik semua kantoi at first try. TERGOLEK. Sudahnya Uncle Man jugak yang kena ajar. Hahaha.


More info. silalah ke sini

Tiada ulasan: