Cari Something?

Saturday, September 19, 2015

German Cookies Yo

Dah sebulan blog ni terabai. Aktiviti Masak-Masak aku masih dok berulang dengan pau kacang merah, blueberry cheesetart dan terselit jugak chocolate cheese cupcake. Oh, the other day, aku try buat biskut ni - German Cookies.


4 bahan je. JE. Tapi nak sedap punya pasal, mahal la jugak jadinya. Nak guna butter yang best. Pastu harga tepung kentang tu boleh tahan la jugak. Hahahaha. Anyway, ni kira hit jugaklah sebab anak dara yang bongsu tu suka. Dia kureng sket kalau dengan biskut choc chip ke apa ke. Batter nak, biskut yang dah siap bakar, dia tak nak. Satu kejayaan lah sebab dengan german cookies ni memang dia hadap betul.


To cut it short, resipi aku angkut dari CMG.

Bahan-bahan
125 gram mentega berkualiti tinggi - aku guna Anchor Salted
125 gram tepung kentang
80 gram tepung halus - tepung gandum sudah..
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)


Cara-cara
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. 
  2.  Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  3. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


By the way, walaupun ini first time, aku tak agak-agak telah menggandakan resipi. Hahaha. Sedap tak sedap belakang kira sebab aku MALAS nak separuh-separuhkan butter whatsoever. Hempuk je apa yang ada terus dalam mixer. Bagus tak cenggitu? All in all, dapat dalam 100pcs. Jenuh jugak la nak abiskan gentel dan leper tu. Sapa suh malas?



German Cookies

German Cookies lagi

Ni takde kena mengena. Saja nak tayang hasil projek Selimut T-shirt aku yang kedua. Heeee. Dah lama siap, tapi sebab, well, malas punya pasal baru hari ni nak tayang. Tayang pun malas. Aku pun tak tau la apa nak jadi.  

No comments: