Cari Something?

Rabu, November 11, 2015

Ayam Panggang dan Homemade Playdough

Pejam celik pejam celik, lagi seminggu je budak-budak nak sekolah. Lepas tu diorang akan bercuti 6 minggu. ALL THE BEST TO ME. Hahahaha.

Merasa la relaks sket bab-bab basuh baju sekolah, gosok baju sekolah dan terkejar-kejar buat sarapan pagi-pagi. Tapi dah banyak kali redah situasi macam ni kan. Anak pun masih lima. So, harapannya aku kekal waras sampai sudah :P

Projek Masak-Masak? Aku ada try resipi Ayam Panggang ala Kenny Rogers quite a few times now. Tak tau la apasal yang ni aku tak amik gambar. Well, yang sebetulnya memang aku jarang dan malas ambik gambar, right? Dalam freezer ada lagi setengah ekor ayam. Kalau aku jadik buat untuk kali ke-4, aku cuba ambik.

Early this week, birthday anak no 2, dia request Blueberry Cheese Tart. Aku OK je. Problemnya malas ya rabbi nak buat shell dia tu. Pening teruk on the day itself, aku gagahkan jugak sebab dah janji. Cumanya dia plan nak bawak makan-makan dengan kawan sekolah KAFA. Tang tu memang aku mintak maaf awal-awal sebab memang tak sempat. Sudahnya dapat bawak balik PD, makan-makan dengan atuk & nenek.

Blueberry Cheese Tart

Hat gambar bawah ni pulak, Homemade Playdough untuk anak-anak dara. Aku buat empat warna - Biru, Merah, Kuning dengan Hijau. Lepas dah main, macam-macam warna ada.
 



Aku tepek resipi yang aku guna so boleh rujuk masa depan.

3 cawan tepung
1 cawan garam (aku tak tipu)
1 cawan air sejuk
1 sudu besar minyak

Semua bahan-bahan ni, bahagi kepada berapa banyak warna yang kau ada. Since aku ada empat warna, so, bahagi la kepada empat bahagian.

Minyak -> air -> warna -> (garam&tepung). Gaul dengan sudu. Dah sebati, boleh uli atas tepung. Siap.



Tiada ulasan: