Cari Something?

Khamis, November 26, 2015

Persediaan Baju Sekolah 2016 - Mana Yang Murah?

Cuti sekolah baru habis 5 hari tapi kitorang dah sibuk-sibuk readykan kelengkapan sekolah untuk tahun depan. Maklumlah, 4 orang ooii. Lambat-lambat karang, sekelepuk $$$ terbang. Hahaha

The other day, aku tweet dan WA group tanya-tanya tentang kat mana nak dapatkan baju sekolah yang murah. Antara cadangan yang keluar

Pusat Pakaian Hari-Hari - Brand Jony&Jeny
Kamdar
Pasar Raya SAKAN

Untuk pemegang kad ahli AEON, ada 15% off untuk baju sekolah jenama Canggih, 20% off untuk jenama School Classic. But then, aku perasan, dekat Giant pun ada diskaun yang sama untuk jenama ni.

Ha, dah sebut pasal Giant, berdasarkan leaflet yang aku ada ni, selain daripada Canggih, ada beberapa jenama yang diorang tawarkan

JT by Jolly Tots - range harga antara RM10.99 - RM29.99
Unggul - range harga antara RM16.72 - RM33.52.. ni dah lepas diskaun 20% OK.
WWW School Classic Attire - range harga antara RM14.32 - RM42.32. ni pun ada 20% diskaun

Diskaun kat atas ni dah bermula sejak 19/11 lepas dan berakhir pada 13 Jan 2016. Lamo lagi. Hahaha



Tiada ulasan: