Cari Something?

Sabtu, Januari 02, 2016

Post Pertama di 2016

1. Secara rasminya cuti sekolah ni kami tak ke mana-mana kecuali balik kampung. Weekend yang lain ada kenduri kahwin ataupun parents ada kat sini. Sudahnya balik kampung pun minggu terakhir cuti. Jadilah daripada takde.

2. Sedar tak sedar dah masuk 2016 kau. Memasing nak tambah satu lagi angka kat umur memasing. Azam baru memang takde lah. Recycle je mana-mana yang belum sampai dari tahun yang sudah-sudah. Cuma ada satu la spesifik kaedahnya, nak turun berat 10 kilo sebelum raya. LOLOLOLOL. lepas raya hari tu berat naik kaw2. tak reti nak turun-turun pulak tu. so, sebelum dia bertambah lagi time raya nanti, kita kena turunkan dulu supaya dia jadi neutral. gitu.

3. Tahun depan 4 orang anak-anak aku sekolah. Schedule harian penuh dengan hantar dengan amik anak-anak dari sekolah. Sesi pagi petang semua kaut. Hantar sekolah, amik dari sekolah, hantar KAFA. Amik dari KAFA. Mau belum pukul 10pm dah tumbang.

4. Sesi pengumpulan duit RM1 untuk dijadikan duit belanja masih berterusan. Balik PD baru ni, dapat tukar bebeberapa puluh dengan mak mentua. Mak mentua aku dipertanggungjawabkan kutip duit untuk bayar ustaz kelas agama. Tu yang banyak collection duit singgit. I lap you mak.

5. So, selamat tahun baru 2016. Semoga tercapai azam dan impian memasing dalam menghadapi tahun yang dijangkakan penuh cabaran ekonomi, emosi dan sahsiah. Wah.


1 ulasan:

Muhammad Amiruddien berkata...

Salam...

Saya nak tumpang promosi website...

http://majalah.ml

http://bit.ly/17lBrz5

Terima kasih...