Cari Something?

Rabu, Februari 17, 2016

Makhluk Ciptaan ALLAH yang Comel

Post Kedua tahun 2016 :)

1. Weekend lepas, parents aku datang KL. Nak jadikan cerita, on Sunday, diorang balik ke kampung belah mak aku kat Jelebu. Tengok baruh yang baru lepas dibersihkan. Terkenang masa zaman aku kecik-kecik dulu pungut buah kat situ. Sekarang, banyak yang dah takde. Kampung tinggal, takde sapa yang jaga. Cumanya sekarang, kat rumah arwah mak long aku, dah ada orang sewa. So, pakcik dengan mak nego la dengan penyewa tu untuk tolong tengok-tengokkan baruh. Tak jauh pun, seberang jalan je.

2. Merasa la aku cabut-cabut rumput manja kat situ. Budak-budak semua tinggal dengan abah diorang. So aku free as a bird la kaedahnya. Hahahahaha. Abah dengan adik aku beria-ia tarik pokok rotan yang dok menjalar kat pokok-pokok lain. Sekali, tu diaa.. tercampak makhluk ALLAH ni kat atas tanah.

Nampak?





3.Elok je dia tergolek. Alhamdulillah, sarang still intact. Abah sangkutkan kat pagar mana yang ada tu, pastu letak si comel ni kat dalam. Rasanya memang dia sekor je penghuni dalam tu. Hopefully dia OK.



OKlah. Takat ni je larat nak taip. Till then.

Tiada ulasan: