Cari Something?

Wednesday, March 11, 2009

Dua Kali Aku Melukaimu

Kaki saya melecet lagi.. Setelah kejadian ini, kasut berkenaan saya rehatkan sehinggalah ke pagi tadi.. Ini kerana kasut Bata yg menjadi teman seperjalanan saya sejak beberapa bulan lepas telah menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja..


Saya cuma berjalan dari tangga LRT BTS menyeberangi MRR2 ke LRT BTS, kemudian dari stesen LRT Hang Tuah ke stesen monorel Hang Tuah.. dan akhir sekali, lebih kurang 10 minit perjalanan dari stesen Raja Chulan menuju ke ofis.. jangka masa perjalanan itu telah berjaya menyiat-nyiat di bahagian tertentu.. sehinggakan saya bertindak utk memijak2 bahagian belakang kasut tersebut ketika menunggu giliran untuk melintas jalan..


Saya 100% menggunakan selipar jepun sekarang.. dan saya sedang berkira-kira utk balik ke rumah dengan berselipar jepun juga.. dan, saya juga terpikir utk let go kasut tersebut.. nampaknya tiada keserasian antara kita sehingga ke saat ini.. Apa la yg kau jaki sangat dengan kaki aku haaa? (tolong buat intonasi ala2 Nasir Bilal Khan, terima kasih)


Nota kaki: Nak menitik air mata aku masa amik wuduk tadi.. Ni Asar karang nak ngadap lagi.. pastu Maghrib pulak.. Isyak lagi.. eh, time nak mandi lagi..


14 comments

No comments: