Cari Something?

Jumaat, Oktober 09, 2009

RON95 VS RON97 - with update for suitable cars


Masa kami bertolak balik ke JB tempoh hari, the one yg berlakunya kisah ni, si dia telah mengisi penuh tangki minyak kereta dengan RON95.. ala² budget gitu.. nak raya le katakan.. heee..


Tu yg bila insiden tersebut berlaku, kami terus salahkan RON95.. ngeee.. sbb the 1st half journey tu macam menggunapakai saki baki minyak RON97 la kaedahnya.. and it was smooth sailing la kan.. 130, 140km/j.. OK je..



Baru² ni saya terperasan ada discussion.. orang dok cakap, guna RON95 mmg membuatkan kenderaan jadik berat.. takley pergi orang kata.. mileage pun dah kurang banyak.. kitorang pulak mmg stop guna lepas kejadian tu..

ada kawan² bley share experience guna RON95? ke memasing mmg tegar guna RON97?


Updated on 1051 hrs : Ada orang tulis, kalau nak guna RON95, kena bagi tank kosong betul² baru isi.. mungkin juga tindakan kami mencampur adukkan RON97 & RON95 jadik lagu tu gamaknya.. God knows best.


Info taken from Motor Trader


Most Mercedes-Benz engines, except the high-performance ones in the AMG and SL/SLK models, are able to run on fuel with RON91 to RON95. However, for optimum performance, RON95 is recommended while use of RON92 will result in marginally reduced output



For the Cefiro 3.0, Murano, 350Z/370Z, RON97 is recommended for optimum performance. For older models such as the Sunny 130Y, Bluebird, Altima and AD Resort, RON95 can be used




Volvo engines can use RON91 to 98 RON unleaded petrol. Volvo Car Malaysia says that for best performance and lowest fuel consumption, RON98 (or closest RON) is recommended. For normal driving, RON95 is acceptable and knock sensors in the engines will adjust the engine timing to prevent damage if the RON is too low.


24 ulasan:

fauzi-maya berkata...

aku rase mcm betul laa yan..

Sayang.Ibu berkata...

CY, kat area saya masai-pasir gudang nih susah nak carik RON97... rasa macam takde lah sbb x pernah jumpa. semua stesen pakai 95

jua berkata...

haritu my PIL senaraikan kat kami jenis2 kereta yang takleh pakai RON95. Semuanya kereta mahallah. But for us, kami tonyoh pakai RON97, tak berani nak amik risiko pakai RON95. PIL i cakap RON95 ni minyak budget.

Mynie berkata...

experience saya guna ron95 so far so good, takde rasa beza dgn guna ron97 pun.. ikut kereta kot? atau pun saya yang tak reti/sensitif nak 'rasa perbezaannya'..

Rozy berkata...

keta hubby pengguna tegar ron97..
keta kancil me (keta murah kaannn) so me hentam ja apa pun..

tp pagi td masa singgah caltex (terdesak) dah guna pam wrong side of my car, terpaksa guna ron97, sebab dekat sikit.. pastu makcik pam cakap..

"Adik, baik guna ron97 sebab ron95 xbagus terlalu banyak bahan tambah..kalau tumpah lambat sangat nak kering. Kalau nak ikut harga sama jaaa..sebab ron95 cepat abih. Akak xleh nak cakap kat orang nanti xlaku plak ron95. "

Pertanyaan dari me " Akak, ramai xorang guna 95?"

Jawapan akak tu "xramai, org still guna 97"

Oooo..baru ku tau...

Hmm, tp me perasan gak sejak guna shell ron95, memang mileage kureng sikit banding dulu.

Ms Lola berkata...

aku pun 'rasa' benda yg sama. tapi aku belum confirmkan lalgi dgn facts and figures - cuma rasa2 je. and now, i'm back to minyak 97!

Nur berkata...

mmg ye pun..kete pun jd berat. tp sbb my car br je service & letak engine treatment oil,beza dia x ketara sgt sbb fungsi teratment oil tu utk efisienkan enjin..

so far, sbb nk budget punya psl pakai ron95.

erk..tp kalu ikut cam rozy ckp tu, kalu lg lambat kering, means lg lambat la dia kering dlm tangki kan?patutnya x cepat abislaa kan?i cannot relate to that point actually..hehehe..

Ms Lola berkata...

jua,
apa keta yg tak leh pakai 97?

honeylanz berkata...

tetap tegar guna 97. x tau nape.

MommyDania berkata...

mmg la CY. rasa berat, pick up slow. jgn kata keta besar, keta comel sy pun jd kenot go gitu. so 97 la jwbnya. yg peritnya nk byr la..

Queenin Murni berkata...

aha.. dah lama dah teringat nak buat post ni, tp nampak nyer CY buat dulu..
yep, keta sy pon rasa berat n takleh pickup..

tp... bila myk dah nak habis, terasa ringan sanggatt.. mcm boleh melayang gitu. :P

by the way, sy belasah jek 95, mmg formula penjimatan for me sebab boleh tahan more than 1 week.(BTS-PJ)
lagipon,sy bukan nak masuk F1 pon.. lembab pon lembab laa... hahha!

Fid berkata...

aku tak atu nak kata apa sbb kereta kami kereta kecil murahan....dah tua....so sbb ron95 sbb usia...hahahah maka lantak laaa

Zuhaini berkata...

saya duk guna 95.. ok je.. hihi :)

C!kpuanmuda berkata...

kami pengguna tegar ron97.. sayang kereta.. tapi susah jugak la nak mencari ron97 sekarang :(

CY3.5 berkata...

Maya,
kira fakta la ni.. bukan auta :)

cik Intan,
tu la.. yg saya baca pun ramai komplen kata RON97 dah tak berapa ada.. haih.. camne ni.. kata bagi pilihan.. tu macam dah tahap diktator..

Jua,
tp keta tempatan pun tak lepas ni.. camne?

Mynie,
husband saya guna Wira.. mmg terasa berat.. tp keta tu pun seusia perkahwinan kitorang.. heee..

Rozy,
haaa.. org kat stesen pun dah kata lagu tu.. sahih la ni..

Ms L,
stay je la dengan 97 nyah.. kalau rosak keta, aku rasa cost lagi tinggi compared to lebihan bayar minyak 97 & 95..

Nur,
mak kantoi chemistry.. jadi tidak layak jugak lah nak menjawabnya.. ngeee..

CY3.5 berkata...

Has,
teruskan ketegaranmu itu..

MD,
cara halus utk tekan kita dengan harga minyak yg best.. ye dok?

QM,
kitorang tak perasan plak masa RON95 tu nak abis camne.. sbb si dia terus isi RON97 masa nak balik.. serik terus.. kekeke..

Fid,
kalau jalan jauh baru terasa kot..

Zuhaini,
good for you then :)

cpm,
serius confuse kena RON97 macam kena cut down kat market.. tokey minyak tak untung ka?

eZa berkata...

memula isi ron95 mmg kete jd berat. tapi la ni ok dah. kalau tekan 140km/h pon xde rase goyang. tap x tau la sebab kete kecik & murah ke. hehehe ;)

nak gak tau kete pe yg xleh gune ron95 tuh ms jua :)

MrsSluRp berkata...

mmg trase le beza..ron97 buat kete lebih 'ringan' w/pun sbnrnya mmg berat kan..eekek tp skang nih mcm ramai yg nak budget kan..so mmg sesuai pkai 95 le kut..pastu sume pam minyak byk 95 dr 97 kan? so sy ikut mana pam yg available le dulu..sbb mls nak bratur..ekeke tp my area cam pam 97 mmg available..hehehe

Melz berkata...

along..dah boleh jadi mekanik nie..huahua...

KS berkata...

sekarang sudah bertukar kembali pada 97 sebab yes, kereta tak pergi dengan 95.

hishhh.. baru nak bajett

CY3.5 berkata...

eZa,
heee.. kitorang dah jadik lagu tu, mmg stop terus.. tak berani nak proceed lagi..

MrsS,
i thought pump 95 & 97 dok sebelah² je.. macam zaman² leaded dgn unleaded.. no? /pertanyaan dari org yg takde kereta & tak drive :P

Baby,
takde maknanya.. apakah itu RON pun kantoi.. :P

KS,
short distance ok la kot KS.. kitorang hari tu lenjan terus nak pi KL-JB.. haha..

Sayang.Ibu berkata...

tapi slps baca update, nmpknya mmg blh guna RON95 nih

MN berkata...

probably bab efficiency tu betul la kot.

Queenin Murni berkata...

sy dah penah dpat list ni..
tapi kereta sy takde dlm list...
hahahah!